Beauty & Other Tips

TIPS MENJADIKAN KULIT PUTIH DAN LEMBAP SEPERTI BAYI

Kelapa parut sangat bagus dan berkhasiat untuk dijadikan sebagai scrub mandian. Ianya menjadikan kulit halus mulus, lembat, cerah serta menanggalkan sel-sel kulit mati secara semulajadi. Seeloknya anda boleh mengamalkan mandian scrub kelapa parut ini 2x seminggu.

 

BEAUTY & BLOG

1. Lyssa Faizureen – 55 308 Pengikut

 
Lyssa memang diakui seorang blogger cantik daripada luaran dan dalaman. Ini terbukti kerana beliau merupakan seorang yang rajin dan peramah. Tak sombong walaupun ada followers beribu. So, No wonder la punya followers beribu. Buat mereka yang nak tutorial mengenai blog, boleh masuk blog Lyssa. Banyak tutorial dekat sana. Beliau juga sangat bijak dan mempunyai ilmu yang banyak untuk dikongsikan dalam blog beliau!




2. Fatin Liyana – 48 586 Pengikut 
 
Bukan hanya glamour di dunia blog, malah di dunia realiti juga. Mereka yang tiada blog pun kenal sama Fatin Liyana. Kawan-kawan lelaki aku pun selalu duk sebut-sebut nama Fatin ini. Dah keluar tv, keluar surat khabar, majalah apatah lagi. Kecantikan asli Fatin merupakan daya tarikan utama kepada blog Fatin. Dah nama pun cantik, suka betul la orang nak jadi pengikut blog. Sekali post entri beratur orang masuk tau. Aku pun tak terkecuali. Walaupun panjang gila entri dia tulis, gigih aku duk baca setiap patah. Kekadang baca sampai dua tiga kali.  

3. Hanis Zalikha – 41 288 Pengikut 

Mula-mula blogger, kemudian model, kemudian pengacara, kemudian pelakon lepasnie mungkin penyanyi pulak kot. Blogger serba boleh Hanis Zalikha juga mempunyai pengikut blog yang sangat ramai tak terkejar olehku. Blogger tinggi lampai dan cantik ini mula melebarkan sayapnya ke bidang seni pula. Aku tak tengok lagi lakonan Hanis. Tapi haritu sempat juga tengok rancangan dibawah pengacaraan dia. Berbakat. Comel je dia gelar nama dia keknis kat blog.  

4. Maria Elena – 34 616 Pengikut 

Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Asfirdaus, abang kandung Fatin Liyana. Korang yang nak baca kisah perkahwinan mereka cepat-cepat la masuk blog Maria. Maria juga seorang Blogger yang popular. Video beliau kalau tak cecah ratus ribu pageview memang tak sah. Aku dah lama mengikuti blog Maria. Dia punya entri sempoi dan lawak macam video dia jugak. Aku suka tengok gambar-gambar dekat blog dia terutama gambar bila dia buat muka pelik. Itu lah sebenarnya special tentang dia nih.

5. Cik Epal - 28 146 Pengikut 

Walaupun entri-entri Cik Epal mak datuk panjang bukan main, tapi aku baca jugak sampai habis. Gambar dekat blog dia ni pun sempoi dan teknik-teknik dia nampak kreatif dekat blog dia... Kekadang gelak sorang-sorang bila baca entri dia. Kebanyakan entri dia pulak pasal kisah hidup dia. Tapi diolah menjadi menarik sehingga menarik ramai orang masuk blog dia nie. Muka Cik Epal ada iras-iras artis kot.HAHAHAHA

6. Irine Nadia Marcello27 890 Pengikut 

Irine pulak tak kurang hebatnya. Orangnya kecik molek macam anak dara. Opss!! dah jadi bini orang dah ye. Kecantikan yang dimiliki Irine merupakan antara tarikan orang sukakan blog dia. Rasanya semua sudah maklum Irine merupakan seorang isteri muda. Dah kahwin tahu Irine nie. Irine juga bakal jadi ibu. Nak tahu kisah hidup Irine, majlis perkahwinan, kisah dia jadi isteri muda, kisah dia bakal jadi ibu muda, boleh lah terjah blog Irine.

7. Zack Zukhairi – 27 041 Pengikut 

Blog jejaka kacak ini mempunyai auranya yang tersendiri. Kalau xcantik dengan bahasanya xde lah ramai orang yang terpikat dengan blognya. hihihi ... Satu post pun, komen dah cecah beratus-ratus. Tapi, Zack dah jarang post entri baru. Kalau masuk blog dia memang tak berupdate. Entri sama je. Bila nak update aku pun tak tahu la. Dia punya lukisan memang cun habis. Ayat dia guna pun sangat bersahaja. Walaupun satu entri panjang ibarat karangan 700 patah perkataan, tapi aku pasti pengikut dia tetap baca sampai habis. Contohnya aku.

8. Ben Ashaari – 25 828 Pengikut

Siapa tak kenal abang tough Ben Ashaari. Segmen-segmen yang Ben buat telah mempopularkan blog Ben. Sejak mempunyai anak comel, Qhalif, Ben dah jarang buat segmen baru. Dah lama ni aku tunggu segmen terbaru dari Ben. Mungkin dia busy duk layan Qhalif mana ada masa dah nak buat segmen. Ben selalu juga post pasal Qhalif dekat blog. Korang nak tahu kisah Ben dengan Qhalif boleh la masuk blog Ben. Tapi rasanya korang pun dah kenal dia nie kan. 

9. Jejari Runcing – 25 033 Pengikut 

Pemilik blog ini merupakan bekas tunang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Mungkin status dia juga yang mempopularkan blog ini. Blog ini sangat popular buktinya pageviews blog ini sahaja sudah mencecah jutaan pembaca. Pemilik blog juga seorang yang manis dan bertudung litup.

10. yuyu Zulaikha – 20 880 Pengikut 

Siapa tidak suka mengikuti blog gadis kecil molek yang ramah dan comel macam Yuyu Zulaikha kan. Yuyu zulaikha juga merupakan mother of two okey... Baru-baru ini yuyu ada post entri pasal dia jadi cover untuk majalah dara. Terpampang muka dia depan majalah dara. Hebat bukan ? Yuyu juga pernah masuk tv, masuk surak khabar. Dah jadi artis blogger dah yuyu nie. 

11. The Other Khairul – 18 361 Pengikut 

Menggelarkan dirinya sebagai Mr. K. Blog ini digilai ramai awek kat luar sana. Dia punya entri memang menarik siap dengan ayat-ayat gramatis dan power. Aku pun kekadang kalau baca blog Mr. K terus otak rasa terfikir-fikir akan isi kandungan entri. Mr. K nie macam doktor cinta pun ada. Selalu pembaca bertanyakan macam-macam soalan pasal cinta kat dia. Ayat Power beb. Sebab tu la ramai yang banyak jatuh hati. kikiki

12. Nisa Kay – 13 701 

Fasionista yang suka benar bergambar. Nampak kamera terus galak duk posing. Menarik mengikuti perjalanan hidup seorang Nisa Kay ini. Blog dia juga banyak entri mengenai review filem, shopping online, entri yana samsudin pun banyak sebab dia die hard fans yana samsudin.

3. Tubelawak – 12 729 Pengikut

Rasanya blog ini pun dah jarang update. Aku suka jugak baca blog ini sebab entri dia lawak tak ingat. kekadang tu mengarut juga tapi ada input berguna yang ingin disampaikan oleh penulis blog. 
14. Nurul Badiah Lai – 10 467 Pengikut 

Seorang peguam yang pandai berfesyen dan pandai berkata-kata. Dah nama pun peguam kan, mesti la pandai berkata-kata. Blog Nurul banyak menceritakan kisah hidupnya dari seorang pelajar menjadi seorang yang berkerja. Dari single menjadi isteri orang. Dah nak dapat baby pun Kak Nurul nie. Blog ini juga mengandungi banyak gambar comel Kak Nurul. Entri dia kahwin paling best rasanya. Setiap entri memang ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. Ayat yang Kak Nurul pakai pun best-best aku suka jugak ayat dia buat melekat di hati.

15. Fatin Suhana – 10 186 Pengikut 

Blog ini dimiliki oleh seorang fasionista model muslimah. Cantik sangat pemilik blog ini tau. Blog Fatin pun blog personal juga. Banyak cerita pasal life dia. Pasal dia pergi travel, pasal online shopping, keluarga ect. Setiap entri diselitkan gambar-gambar yang menarik. Aku jarang masuk blog Fatin nie. Sebab blog dia macam more to girlish. Kalau lelaki nak stalk gambar-gambar comel dia jemput la masuk.




 

 

 

 

 


No comments:

Post a Comment